Cari Blog Ini

Info

Keutamaan Surah Al Fatihah


Nama-nama lain Al-Fatihah : Fatihatul-Kitab, Ummul Kitab, Ummul-Qur'an, as-Sab'ul-Matsani, al-Qur'anul-`Azhim,asy-Syifa, dan Assaul-Qur'an.
Imam Ahmad bin Hambal r.a. meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., dia berkata, "Rasulullah saw. Menemui Ubai bin Ka'ab, namun dia sedang shalat. Rasul berkata, `Hai Ubai.' Maka Ubai melirik, namun tidak menyahut. Nabi berkata, `Hai Ubai!' Lalu Ubai mempercepat shalatnya, kemudian beranjak menemui Rasulullah saw. Sambil berkata, `Asalamu'alaika, ya Rasulullah.' Rasul menjawab, `Wa'alaikassalam. Hai Ubai, mengapa kamu tidak menjawab ketika kupanggil?' Ubai menjawab, `Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sedang shalat.'

Nabi bersabda, `Apakah kamu tidak menemukan dalam ayat yang diwahyukan Allah Ta'ala kepadaku yang menyatakan, `Penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu.' (al-Anfal:24)
Ubai menjawab, `Ya Rasulullah, saya menemukan dan saya tidak akan mengulangi hal itu.' Rasul bersabda, `Sukakah kamu bila kuajari sebuah surat yang tidak diturunkan surat lain yang serupa dengannya di dalam Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan?' Ubai menjawab, `Saya suka, wahai Rasulullah.'
Rasulullah saw. Bersabda, `Sesungguhnya aku tidak mau keluar dari pintu ini sebelum aku mengajarkannya.' Ubai berkata, `Kemudian Rasulullah memegang tanganku sambil bercerita kepadaku. Saya memperlambat jalan karena khawatir beliau akan sampai di pintu sebelum menuntaskan pembicaraannya. Ketika kami sudah mendekati pintu, aku berkata, `Ya Rasulullah, surat apakah yang janjikan itu?' Beliau bertanya, `Apa yang kamu baca dalam shalat?' Ubai berkata, `Maka aku membacakan Ummul-Qur'an kepada beliau.'
Beliau bersabda, `Demi yang jiwaku dalam genggaman-Nya, Allah tidak menurunkan surat yang setara dengan itu baik dalam Taurat,Injil,Zabur,maupun al-Furqan. Ia merupakan tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang.'
"Muslim meriwayatkan dalam sahihnya dan Nasa'I meriwayatkan dalam sunannya dengan sanad dari Ibnu, dia berkata, "Suatu ketika Rasulullah saw. (sedang duduk) dan di sisinya ada Jibril. Tiba-tiba jibril mendengar suara dari atas. Maka dia mengarahkan pandangannya ke langit, lalu berkata, `Inilah pintu langit dibukakan, padahal sebelumnya tidak pernah.' Ibnu Abbas berkata, "Gembirakanlah (umatmu) dengan dua cahaya. Sungguh keduanya diberikan lepadamu dan tidak pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelummu, yaitu Fatihatul-Kitab dan beberapa ayat terakhir surat al-Baqarah. Tidakkah Anda membaca satu hurufpun darinya melainkan Anda akan diberi (pahalanya).'"

Perolehi 5 Perkara

Perolehi 5 Perkara Melalui 5 perkara....
1. Keberkatan rezeki melalui Isyraq & Dhuha
2. Cahaya dalam kubur melalui Tahajjud
3. Mudah menjawab soalan kubur melalui Tilawah Quran
4. Mudah meniti Titian Sirat melalui Puasa & Sedekah
5. Perlindungan di bawah naungan 'Arash Allah melalui Zikrullah

Terdapat 3 Perkara
Sekiranya manusia tahu akan Fadhilat nya, nescaya mereka akan sanggup bergaduh untuk mendapat kannya, iaitu..
1. Melaungkan Azan
2. Solat di Saff yg pertama
3. Mendapat Takbiratul-Ula

4 Amalan Masjid Nabawi

1. Dakwah
2. Taklim wa Ta'allum
3. Ibadat
4. Khidmat


6 Sifat Sahabat R.A

1. Yakin pd kalimah Toiyibah
2. Solat Khusyuk & Khuduk
3. Ilmu & Zikir
4. Ikram Muslimin
5. Ikhlas Niat
6. Dakwah & Tabligh

Solat Sunat Power
SUNAT ISYRA' & DHUHA
Rezeki yg tidak akan putus-putus dari Khazanah Allah

SUNAT HAJAT
Dipermudahkan segala hajat duniawi & ukhrawi

SUNAT ISTIKHARAH
Sentiasa mendpt petunjuk & ilham yg baik dari Allah

SUNAT TAUBAT
Mendidik hati sentiasa takut dan harap hanya kpd Allah

SUNAT TAHAJJUD
Amalan Baginda Rasulullah S.A.W dan orang² Soleh

14 Imam Qiraat.

Qiraatus Sab'ah (7)
(Boleh dipelajari, di amal & dibaca dlm Solat)

1. Imam Nafe'
2. Imam Ibnu Kathir
3. Imam Abu Amr
4. Imam Ibnu Amir
5. Imam Asim
6. Imam Hamzah
7. Imam Al-Kisa'ie

14 Imam Qiraat

Qiraatul A'syaro (10)
(Boleh dipelajari, boleh di amal kan tetapi tidak boleh dibaca dlm Solat)

8. Imam Abu Jaafar
9. Imam Yaakob
10. Imam Khalaful Asyir

Qiraatus Syazzah (14)
(Hanya boleh dipelajari, tidak boleh diamalkan & tidak boleh dibaca dlm Solat

11. Imam Muhd Mahaisyiz
12. Imam Al-A'masy
13. Imam Hassan Al-Basri
14. Imam Yahya Al-Yazidi

Bacaan Al-Quran Kita

Adalah bacaan kita orang Melayu masyhurnya adalah mengikut Thoriq Riwayat Imam Hafs dari gurunya Imam Asim (Imam Qiraat yg ke-5)

Perkara sunat dilakukan pada Hari Asyura (10 Muharram)
1. Melapangkan masa dengan belanja anak isteri : Fadilat - Allah akan melapangkan hidup mereka pada tahun itu.
2. Memuliakan fakir miskin : Fadilat - Allah akan melapangkan kubur mereka nanti.

3. Menahan marah : Fadilat - Di akhirat kelak Allah s.w.t akan memasukkan mereka ke dalam golongan yang reda

4. Menunjukkan orang sesat : Fadilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hati.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim : Fadilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang diusap.

6. Bersedekah : Fadilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti daripada kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri : Fadilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.

8. Mandi sunat : Fadilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun berkenaan. Lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak : Fadilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah (surah al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali : Fadilat - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat.

11. Sembahyang sunat empat rakaat : Fadilat - Allah akan mengampunkan dosanya walaupun berlarutan selama
50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku solat sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."
Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

12. Menjamu orang berbuka puasa : Fadilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

13. Puasa : Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.: Fadilat - Diberi pahala 1,000 kali haji, 1,000 kali umrah dan 1,000 kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Semoga kita dapat mengamalkannya serta mengambil manfaat daripadanya…